SEPANYOL – Pengadil yang mengadili aksi timbal balik pusingan ke16 Liga Juara-Juara Eropah antara Barcelona Rabu lalu bakal diambil tindakan berat.
Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dijangka akan menggantung Deniz Aytekin daripada menjadi pengadil untuk mana-mana perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pada masa depan.
Daniz dilanda kontroversi dan kecaman ekoran beberapa keputusannya dalam aksi kemenangan bersejarah Barcelona 6-1 ke atas Paris Saint-Germain.
Barcelona yang ketinggalan agregat 0-4 kepada PSG mengejutkan pasukan itu dalam perlawanan timbal balik apabila menang 6-1 (agregat 6-5) di Nou Camp.
Barcelona telah menjaringkan tiga gol dalam tujuh minit di babak kedua.
Sepakan percuma Neymar pada minit ke-88 memulakan pesta gol sebelum membuka gol kemenangan pada minit ke-95 sebelum wisel penamat ditiup.
Keputusan penalti yang diberikan Deniz kepada Barcelona dilanda kontroversi kerana Luis Suarez didakwa sengaja merebahkan diri untuk mendapatkan sepakan penalti.
Sebelum itu, Suarez dilayang kad kuning kerana sengaja merebahkan badan.
Walaupun Deniz boleh membuat keputusan sendiri selepas menyaksikan sendiri lakonan Suarez, dia memilih berbincang dengan penolongnya di atas padang semasa perlawanan.
Pengadil kelahiran Jerman kini bakal dihukum dengan dilarang daripada mengadili mana-mana perlawanan profil tinggi musim ini dan dalam Liga Juara-Juara Eropah di masa akan datang.
Deniz dikhabarkan akan dihadkan jumlah perlawanan oleh UEFA selepas ini. – MalaysiaGazette