Home Utama Krisis air bukan cerita rekaan – Sultan Nazrin Shah

Krisis air bukan cerita rekaan – Sultan Nazrin Shah

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah bahawa krisis bekalan air bukan merupakan fiksyen atau cerita rekaan, sebaliknya ia adalah fenomena yang sedang melanda dunia ketika ini.

Baginda bertitah diramalkan bahawa persaingan dan perebutan untuk mendapatkan sumber air boleh menjadi punca yang memungkinkan manusia berperang pada masa akan datang.

“Rakyat wajib sedar bahawa bekalan air yang tidak mencukupi bakal mencetuskan krisis kerana air adalah keperluan paling asas kehidupan dan satu perlima daripada penduduk dunia dilaporkan tidak mendapat akses kepada air yang boleh diminum.

“Kebelakangan ini beberapa kawasan di negara kita turut mengalami krisis kekurangan bekalan hingga catuan air terpaksa dilakukan,” titah baginda ketika merasmikan Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Senawar di sini Selasa.

Sultan Nazrin bertitah dalam usaha meminimumkan bencana daripada risiko yang sedang dihadapi, tindakan secara proaktif, strategik dan terancang perlu dilakukan termasuk memelihara dan memulihara sumber-sumber air serta kawasan tadahan air dengan memastikan alam sekitar yang mapan.

— BERNAMA