KUALA LUMPUR – Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membongkar makmal pemprosesan syabu di Gopeng, Perak merampas 70 kilogram bahan-bahan untuk membuat dadah itu.
Empat orang suspek juga ditahan dalam serbuan itu.
Kejayaan itu dikongsi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di laman Twitternya, lewat malam tadi.
“Syabas STING @PDRMsia tangkap 4 orang, bongkar makmal proses syabu di Gopeng, Perak. Rampas bahan yang boleh hasilkan lebih 70 kg syabu,” katanya. – MalaysiaGazette