WASHINGTON – Donald Trump akan mendermakan gaji tahunannya sebanyak AS$400,000 kepada kebajikan pada akhir tahun ini.
Beliau juga mahu media yang selalu mengkritiknya turut sama membantu beliau.
“Hasrat presiden adalah untuk menderma gaji pada akhir tahun ini. Itu adalah ikrar beliau kepada rakyat Amerika Syarikat.
“Beliau meminta anda semua membantunya,” kata jurucakapnya Sean Spicernya lagi – satu kenyataan yang agak luar biasa dari Rumah Putih.
Semasa kempen presiden, Trump berkata, beliau tidak berhasrat untuk mengambil gajinya, sebaliknya hanya mahu menyimpan AS$1 sahaja.
Herbert Hoover dan John F. Kennedy juga mendermakan gaji presiden kepada kebajikan. – MalaysiaGazette