Home Ekonomi Jualan kenderaan meningkat 7.3%

Jualan kenderaan meningkat 7.3%

KUALA LUMPUR- Jualan kenderaan bermotor meningkat 7.3 peratus kepada RM11.4 bilion pada Januari 2017 berbanding tempoh sama setahun yang lalu.

Angka itu bagaimanapun merosot sebanyak 9.4 peratus berbanding Disember 2016.

Menurut Jabatan Statistik, jualan kenderaan adalah sebahagian daripada nilai jualan gudang dan runcit yang meningkat sebanyak lapan peratus pada RM93.6 bilion pada Januari 2017 berbanding setahun yang lalu.

“Nilai jualan merangkumi dagangan gudang (RM46.1 bilion), dagangan runcit (RM36.1 bilion) dan kenderaan bermotor (RM11.4 bilion).

“Pertumbuhan positif disumbang oleh perdagangan dagangan runcit (9.0 peratus) dan dagangan gudang (8.4 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, indeks penyelarasan bermusim dagangan gudang dan runcit ini merosot 1.5 peratus berbanding bulan sebelumnya.-MalaysiaGazette

v