LONDON – Leicester City mencipta sejarah melangkah ke pusingan suku akhir Liga Juara-juara Eropah buat julung-julung kali dengan agregat 3-2.
Leicester yang masih bergelut dalam Liga Perdana Inggeris beraksi cemerlang dengan menewaskan Sevilla 2-0 dalam perlawanan kedua timbal balik awal di laman sendiri awal pagi tadi.
The Foxes yang kalah 1-2 pada perlawanan pertama.
Bekas Pengurus Leicester, Claudio Ranieri bertanggungjawab membawa pasukan itu beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini apabila menjulang trofi EPL pada musim lalu.
Babak pertama perlawanan menyaksikan the Foxes mendahului 1-0 menerusi kaptennya, Wes Morgan pada mminit ke-27.
Sevilla berpeluang untuk menyamakan kedudukan apabila pasukan itu dihadiahkan sepakan penalti, namun peluang yang terhidang di depan mata itu disia-siakan.
Bekas pemain Manchester City yang bersama Sevilla, Samir Nasri dilayangkan kad merah kerana menanduk Jamie Vardy.
Gol Marc Albrighton pada minit ke-54 memastikan pasukan tuan rumah melayakkan the Foxes ke suku akhir.
Undi penentuan aksi suku akhir pada Jumaat ini menyaksikan the Foxes menyertai Real Madrid, Bayern Munich, Juventus, Borussia Dortmund dan Barcelona.
Manchester City akan membuat perhitungan dengan Monaco manakala Atletico Madrid akan menentang Bayer Leverkusen untuk melengkapkan kuota suku akhir awal pagi esok.
Dalam satu lagi perlawanan, Juventus menewaskan FC Porto 1-0 untuk mara ke suku akhir dengan agregat 3-0. – MalaysiaGazette