Home Sukan Perlawanan kelayakan Piala Asia antara Korea Utara-Malaysia di gelanggang berkecuali

Perlawanan kelayakan Piala Asia antara Korea Utara-Malaysia di gelanggang berkecuali

KUALA LUMPUR – Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia akan berlangsung di gelanggang berkecuali pada 8 Jun 2017, kata Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor John.

Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memohon kepada AFC untuk tidak bermain di Pyongyang dan memindahkan ke lokasi berkecuali berikutan ketegangan hubung diplomatik antara kedua-dua negara.

Hubungan kedua-dua negara mula tegang susulan kematian abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.

Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama Korea Utara, Lubnan dan Hongkong. – MalaysiaGazette