Home Nasional Bee Yin tidak ada hak persoal PERMATA, Rosmah – PAR

Bee Yin tidak ada hak persoal PERMATA, Rosmah – PAR

A.Chandrakumanan

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Aduan Rakyat Malaysia (PAR) membidas tindakan wakil rakyat pembangkang yang mempersoalkan program PERMATA selain meminta penaungnya Datin Seri Rosmah Mansor berundur.

Presidennya, Datuk A.Chandrakumanan menempelak tindakan pemimpin wakil rakyat DAP, Yeo Bee Yin yang sentiasa cuba membuktikan perkara yang tidak memanfaatkan rakyat.

“Siapa Yeo Bee Yin yang sibuk meminta Datin Seri Rosmah berundur? Tidak ada masalah pun jika PERMATA berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Satu-satunya yang boleh dihujah ialah sama ada PERMATA membawa manfaat kepada kanak-kanak dan peranan PERMATA sudah terbukti.

“Ia merupakan satu projek murni demi masa depan anak-nak kita dan tiada salahnya jika Rosmah Mansor menaung PERMATA yang sebenarnya telah berjaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dalam perkembangan sama menasihati Bee Yin supaya menjaga urusan sendiri dan tidak mencampuri hal orang lain.

“Nasihat saya kepada Bee Yin adalah daripada sibuk mencampuri urusan orang lain, lebih baik dia menggunakan masa itu untuk berkhidmat kepada masyarakat di kawasannya..

“Mungkin dia tidak puas hati dengan pencapaian PERMATA sehingga dia hanya fokus kepadsaa Rosmah dan mendakwa isteri PM mengabaikan tujuh program berbeza yang dicadangkan PERMATA.

“Artikel Yeo mendedahkan keangkuhannya dan saya menasihatkan oran ramai melawat laman web PERMATA dan menilai sendiri dan membandingkan dengan apa yang difitnah oleh DAP ini,” katanya.

Beliau menegaskan tindakan Bee Yin adalah usaha menghina isteri perdana menteri.

Chandrakumanan turut mencabar pemimpin DAP itu supaya mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya berundur dari jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Bee Yin perlu tanya Guan Eng sama ada dia mempunyai kelayakan dan kredibiliti lagi kerana selepas didakwa dan bakal dibicarakan kes rasuah, dia masih berpaut dengan jawatan itu.

“Tiada pemimpin DAP yang berani mencabar dia supaya berundur. Janganlah jadi hipokrit dan minta pemimpin kamu letak jawatan dulu secara terhormat,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette