KUALA LUMPUR – Orang ramai kini boleh berhubung secara terus dengan
syarikat-syarikat yang sedang membina Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang
(SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) berkata, pelbagai saluran komunikasi
termasuklah perkhidmatan van bergerak untuk kedua-dua lebuh raya itu telah dilancarkan.
Melalui kempen #contactlahkami ini, Prolintas sekali lagi memperkukuhkan komitmennya
untuk mendekati masyarakat untuk jangka masa yang panjang.
Saluran Komunikasi | SUKE | DASH |
Telefon Hotline | 1 300 88 9922 | 1 300 88 5522 |
PROLINTAS Highways | PROLINTAS Highways | |
@mySUKEofficial | @myDASHofficial | |
Emel | [email protected] | [email protected] |
Laman web | www.mysuke.com.my | www.mydash.com.my |
Customer Service Mobile Kiosk | Waktu operasi Isnin-Khamis : 9.00 am – 5.45 pm
Jumaat : 9.00 am – 5.00 pm |
Waktu operasi Isnin-Khamis : 9.00 am – 5.45 pm Jumaat : 9.00 am – 5.00 pm |
Aplikasi Mudah Alih | PROLINTAS | PROLINTAS |
“Ini selaras dengan falsafah Prolintas yang mengutamakan kualiti, teknologi dan tanggungjawab kepada rakyat dalam memajukan projek-projek infrastruktur.
“Orang ramai terutamanya komuniti di sepanjang jajaran lebuh-lebuh raya di
bawah kumpulan Prolintas adalah keutamaan kami,” kata Mohammad Azlan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.
Secara terperincinya, SUKE dan DASH menyediakan talian hotline, Facebook, Twitter, emel, laman web dan aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun dari Google Play dan App Store.
Orang ramai juga boleh berhubung secara terus dengan kakitangan yang mengendalikan van bergerak yang berada di kawasan tumpuan ramai, dari pukul 9 pagi sehingga 5.45 petang.
SUKE merupakan lebuh raya dua hala dengan tiga lorong, dengan jarak 24.4 kilometer,
bermula di Sri Petaling dan berakhir di Hulu Kelang manakala DASH pula lebuh raya dua
hala dengan tiga lorong, sepanjang 20.1 kilometer yang bermula di Puncak Perdana U10
Shah Alam dan berakhir di Persimpangan Penchala.
Kerja-kerja pembinaan kedua-dua lebuh raya itu dijangka akan mengambil masa
selama empat tahun, yang mana kerja-kerja awal pembinaan telah bermula pada akhir
tahun 2016 dan dijangka siap pada tahun 2020. – MalaysiaGazette