MALE – Raja Arab Saudi membatalkan lawatan ke Maldives kerana wabak selesema babi yang menular di ibu negara itu.
Kerajaan Male adalah hentian terakhir Raja Arab Saudi di Asia selepas melawat Malaysia, Indonesia, China dan Jepun.
Menteri Luar, Mohamed Asim berkata, tarikh baru bagi perjalanan Raja Salman Abdulaziz ke Pulau Hindi akan diumumkan kemudian.
Berpuluh-puluh orang didapati positif influenza H1N1, juga dikenali sebagai selesema babi, kata pihak berkuasa kesihatan Maldives.
Dua orang terbunuh setakat ini. – MalaysiaGazette