KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malysia (Jakim) menafikan dakwaan coklat Eyeglass With Candy mengandungi bahan ramuan dari sumber haram.
Jakim berkata, coklatĀ Eyeglass With Candy keluaran Goodfood Industries Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.
Salah faham timbul apabila pengguna tidak memerhati dengan jelas label sebenar yang tertera “free from pig’s products and its Derivatives”
Menurutnya, proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mengambil kira setiap ramuan dan proses berkaitan dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga teknologi Makanan.
Sehubungan itu, Jakim meminta para pengguna merujuk pihak berwibawa sebelum
menyebar dan berkongsi sesuatu isu halal agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah.
Untuk mengetahui status halal produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar MyJakim. – MalaysiaGazette