Home Dunia Bahrain tahan bekas jurugambar AFP

Bahrain tahan bekas jurugambar AFP

DUBAI – Pihak berkuasa Bahrain menahan seorang bekas jurugambar Agence France-Presse (AFP) atas tuduhan yang tidak ditentukan, selepas kembali daripada bercuti di luar negara.

Mohammed Al-Shaikh, photojournalist tempatan pernah bekerja untuk AFP di Bahrain selama beberapa tahun, ditahan di lapangan terbang Manama lewat pada hari Selasa.

AFP dan Persatuan Media Bahrain berpangkalan di United Kingdom akan mendapatkan bantuan untuk Mohammed.

Pengurusan AFP melahirkan kebimbangan tentang nasib wartawan itu dan meminta Bahrain menjelaskan tentang penahanan tersebut.

Mohammed pernah dianugerahkan Bayeux-Calvados pada tahun 2014 bagi liputan pemberontakan pada tahun 2011 yang kemudian ditangani oleh pihak berkuasa dengan bantuan daripada beberapa negara Teluk Arab yang lain.

AFP berkata, akreditasi Mohammed tamat pada Ogos tahun lalu dan pihak berkuasa tidak memperbaharuinya, meletakkan satu pengakhiran kepada liputan Bahrain selepas lebih empat tahun dengan agensi berita itu. – MalaysiaGazette