SINGAPURA – Harga minyak kembali pulih selepas merekodkan kerugian pada sesi sebelumnya.
Bagaimanapun, pasaran kekal di bawah tekanan kerana inventori minyak mentah Amerika Syarikat masih tinggi dan pengeluaran meningkat, sekali gus menjejaskan usaha OPEC membendung pengeluaran global.
Niaga hadapan Brent berada pada paras AS$50.95, naik 0.6 peratus selepas menjunam di bawah AS$50 setong buat kali pertama sejak November tahun lalu.
West Texas Intermediate juga naik 0.7 peratus kepada AS$48.39 selepas berada pada ujian sokongan AS$47 semalaman.
Para penganalisis berkata, sokongan teknikal Brent berada pada sekitar AS$50 setong.
Meskipun Brent naik semula tetapi para pedangan berkata, pasaran kekal berada di bawah tekanan disebabkan inventori minyak Amerika Syarikat yang besar dan ragu-ragu usaha OPEC untuk mengurangkan bekalan akan terjejas. – MalaysiaGazette