LONDON – Bintang muda sensasi Tottenham Spurs, Dele Alli menerima padah sebagai hukuman atas kekasaran yang dilakukan terhadap pemain Gent ketika pasukannya tersingir pada saingan Liga Europa, bulan lalu.
Alli, 20, digantung tiga perlawanan peringkat Eropah ketika Tottenham tewas 1-0 dalam perlawanan pertama peringkat 16 terbaik kepada kelab Belgium, Gent pada 16 Februari lalu.
Aksi kedua seminggu kemudian menjadi bertambah sukar apabila tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Alli dilayangkan kad merah.
Dia melakukan terjahan bahaya terhadap pemain tengah lawan, Brecht Dejaegere dan menyebabkan pasukannya seri 2-2, sekali gus tersingkir daripada saingan secara agregat 2-3.
Juara Bundesliga, Bayern turut didenda 3,000 euro (RM14,300) gara-gara tindakan penyokong mereka membaling objek dalam perlawanan yang sama. – MalaysiaGazette