Home Nasional Dua mangsa culik warga Malaysia akan dibawa pulang segera – Wisma Putra

Dua mangsa culik warga Malaysia akan dibawa pulang segera – Wisma Putra

KUALA LUMPUR – Mangsa culik warganegara Malaysia di Filipina, Abd Rahim Summas dan Tayudin Anjut akan dterbangkan ke Manila dengan penerbangan ihsan Philippines Air Force (PAF), sebelum dibawa pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.

Kedutaan Besar Malaysia di Manila akan menghulurkan bantuan yang sewajarnya semasa ketibaan mereka di Manila.

Wisma Putra berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Kelab Putera 1Malaysia dalam usaha untuk membawa pulang kedua-dua mangsa tersebut ke Malaysia
dengan kadar segera.

Kerajaan Malaysia melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Republik Filipina di atas usaha untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa culik tersebut.- MalaysiaGazette