
YANGON – Penduduk sebuah perkampungan di selatan Myanmar mengalami keracunan makanan selepas makan hidangan tengah hari yang disumbangkan kepada mereka.
Beratus-ratus penduduk dari Eain Ta Lone, barat Yangon jatuh sakit selepas makan ikan stew yang disediakan dalam satu majlis Buddist .
Kira-kira 1,000 orang penduduk kampung dikejarkan ke hospital, dengan 367 orang dimasukkan ke hospital, kata pekerja amal Wai Lin Aung, yang membantu untuk membawa penduduk kampung.
Ramai yang muntah-muntah dan beberapa lagi mengalami sakit-sakit seluruh badan, katanya.
Ketua Perbandaran Myaung Mya, Aung Kyaw Zaya berkata, pihaknya masih memantau tahap kesihatan penduduk. – MalaysiaGazette