Home Nasional Imej makhluk kerdil bukan suntingan, ia mungkin suku Mante

Imej makhluk kerdil bukan suntingan, ia mungkin suku Mante

KUALA LUMPUR – Imej makhluk misteri yang menyerupai orang kerdil yang terakam oleh peserta motocross di Aceh, Indonesia baru-baru ini bukan imej suntingan.

Pengarah Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Muhammad Pauzi Abd Latif berkata, berdasarkan pemerhatiannya, ia merupakan imej asli orang kerdil yang benar-benar wujud dan mereka daripada Suku Mante.

“Saya percaya itu rakaman betul. Hutan memang tempat tinggal mereka, sebab itu kalau nak diikutkan ramai orang tua-tua kata masuk hutan ini banyak pantang larangnya.

“Jadi kalau kumpulan itu bertemu, memang betullah tu,” katanya ketika dihubungi Malaysia Gazette sebagai mengulas penemuan makhluk misteri berkenaan baru-baru ini.

Pengarah Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia, Dr. Muhammad Pauzi Abd Latif.
Pengarah Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia, Dr. Muhammad Pauzi Abd Latif.

Bagaimanapun, menurut Muhammad Pauzi, meski pun beliau sering masuk hutan bagi mencari bahan-bahan untuk kajian dengan pelajar-pelajarnya namun belum pernah bertemu dengan makhluk seperti itu.

Kebiasannya ramai orang akan bercakap mengenai makhluk yang dipanggil `mawas’ yang banyak di dalam hutan berbanding orang kerdil yang jarang-jarang ditemui pada masa sekarang.

Kelibat orang kerdil yang berjaya dirakam oleh salah seorang peserta motocross itu menjadi bualan di laman sosial hingga ada antara netizen mengaku pernah bertemu dengan makhluk sama yang didakwa tinggal di atas dahan pokok dan terowong bawah tanah.

Makhluk itu muncul tiba-tiba dari dalam hutan membawa kayu sambil berlari namun pandangannya tidak jelas kerana makhluk itu bergerak pantas. – MalaysiaGazette

Penunggang motosikal lumba terserempak manusia kerdil