Home Dunia United Airlines larang penumpang pakai legging

United Airlines larang penumpang pakai legging

DENVER – United Airlines menerima kecaman di media sosial selepas dua kanak-kanak perempuan dilarang menaiki pesawat kerana memakai legging.

Kejadian itu berlaku ketika pesawat dalam penerbangan dari Denver ke Minneapolis, menurut seorang aktivis, Shannon Watts menerusi Twitternya.

Watts adalah pengasas Moms Demand Action bagi reformasi senjata, yang berkongsi kisah lima kanak-kanak yang dihalang menaiki pesawat dari Denver.

Seorang kakitangan United Airlines didakwa memaksa kanak-kanak perempuan itu, salah seorang berusia 10 tahun untuk menukar legging yang dipakinya.

United Airlines mendakwa, kedua-dua mereka menggembara atas tiket yang mempunyai kod berpakaian.

“Mereka adalah pengguna tiket bagi kakitangan syarikat atau tanggungan yang layak,” jelas United Airlines dalam Twitter.

Watts berkata, tiga daripada lima kanak-kanak perempuan itu dibenarkan menaiki pesawat selepas memakain baju labuh manakala dua lagi dilarang. – MalaysiaGazette