Home Ekonomi Arab Saudi kurangkan cukai syarikat minyak

Arab Saudi kurangkan cukai syarikat minyak

RIYADH – Arab Saudi mengurangkan cukai ke atas syarikat-syarikat minyak untuk menarik pelaburan dalam syarikat minyak gergasinya, Saudi Aramco.

Penjaga Dua Masjid, Raja Salman mengeluarkan arahan Diraja dengan mengumumkan kadar cukai pendapatan bagi syarikat-syarikat minyak di negara itu dari 50 peratus kepada 85 peratus bergantung kepada jumlah pelaburan firma-firma tersebut.

Arahan Diraja itu berkata, syarikat-syarikat yang melabur lebih AS$100 bilion akan tertakluk kepada 50 peratus kadar cukai.

“Kadar cukai Saudi Aramco dikurangkan dari 85 peratus kepada 50 peratus, seiring dengan penanda aras antarabangsa,” kata syarikat minyak milik Arab Saudi menerusi Twitter.

Dengan arahan itu, pelaksanaan cukai pendapatan ke atas pengeluar minyak dan hidro karbon di negara itu adalah seperti berikut:

50 peratus ke atas syarikat dengan pelaburan modal melebihi SR375 bilion

65 peratus ke atas syarikat dengan modal perlaburan antara SR300 bilion dan SR375 bilion

75 peratus ke atas syarikat dengan modal pelaburan antara SR225 bilion dan SR300 bilion

85 peratus ke atas syarikat dengan modal tidak melebihi SR225 bilion

Dalam usaha untuk melaksanakan, jumlah modal pelaburan bermakna jumlah nilai aset tetap terkumpul termasuk hartanah, jentera, peralatan, alat-alat, dan lain-lain.

Ia juga termasuk aset tidak ketara, seperti penerokaan dan pembangunan minyak dan hidrokarbon, sebelum ditolak penggunaan dan memadam kebakaran.

Arahan ini berkuatkuasa dari 1 Januari 2017. – MalaysiaGazette