WASHINGTON – Imej satelit yang diambil pada minggu ini mencadangkan Korea Utara berada di dalam peringkat akhir persediaan untuk ujian nuklear baharu, menurut penganalisis yang berpangkalan di Amerika Syarkat.
Imej-imej yang diambil 25 Mac lalu menunjukkan sehingga empat kenderaan atau treler peralatan berterusan memasuki Punggye-ri, lokasi ujian nuklear, dengan kabel komunikasi mungkin diletakkan di atas tanah.
“Alat ini mungkin akan digunakan untuk memulakan ujian, mengumpul data dari letupan dan memproses data,” kata 38 North, projek yang dikendalikan oleh Institut AS-Korea di Universiti Johns Hopkins.
Para penyelidik mendapati air sedang dipam keluar menuruni bukit untuk memastikan terowong kering bagi pemantauan atau peralatan komunikasi.
“Gabungan faktor-faktor ini jelas menunjukkan persediaan ujian sedang berjalan dengan lancar, termasuk pemasangan peralatan,” kata penyelidik.
Korea Utara didakwa sedang membangunkan peluru berpandu jarak jauh yang mampu membedil Amerika Syarikat dengan kepala peledak nuklear dan dua ujian nuklear dan pelbagai peluru berpandu telah dilancarkan tahun lalu. – MalaysiaGazette