Home Dunia Beribu penduduk terjejas banjir di bandar Australia

Beribu penduduk terjejas banjir di bandar Australia

SYDNEY – Banjir melanda jalan-jalan di bandar utama Australia selepas taufan dan hujan lebat sejak tiga hari lalu.

Ribut Debbie kategori empat melanda utara Queensland pada hari Selasa lalu, menjejaskan sektor pelancongan dan menyebabkan talian jana kuasa tumbang dan lombong arang batu ditutup.

Pihak berkuasa berkata, hampir 20,000 orang diselamatkan di kawasan tinggi disebabkan hujan lebat di kawasan pedalaman dan kawasan pantai Brisbane.

Paras air beberapa sungai-sungai juga dilaporkan semakin tinggi.

“Macam-macam yang berlaku. Ada mangsa banjir yang berada di atas bumbung, ada juga yang terperangkap dalam van.

“Banjir kali ini adalah bencana yang meranapkan,” Perkhidmatan Kecemasan Pengawal New South Wales, Ian Leckie.

Tiada kematian dilaporkan berlaku setakat ini. – MalaysiaGazette