Home Nasional Tan Sri tawar RM2j kepada Sultan Johor ditahan 5 hari

Tan Sri tawar RM2j kepada Sultan Johor ditahan 5 hari

SPRM

PUTRAJAYA – Ahli perniagaan bergelar Tan Sri direman lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini bagi siasatan menawarkan wang berjumlah RM2 juta kepada Sultan Johor.

Tan Sri yang berusia 54 tahun itu akan direman sehingga 4 April ini di bawah Sekyen 16 Akta Pencegahan Rasuah.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman.

Lelaki itu hadir di mahkamah pada pukul 9.30 pagi dengan memakai bagi lokap diiringi oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Menyedari kehadiran media, lelaki itu menutup muka sepanjang perjalanan menuju ke dewan mahkamah.

Semalam, SPRM memberi tempoh sehingga tengah malam untuk lelaki itu menyerah diri sebelum identitinya didedahkan.

Bagaimanapun, beliau hadir ke SPRM pada petang semalam.

Perintah itu dikeluarkan SPRM selepas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mendedahkan dalam Facebooknya yang baginda ditawarkan RM2 juta untuk mencadangkan nama individu kepada Ketua Setiausaha Negara untuk mendapatkan gelaran Tan Sri daripada Yang Dipertuan Agong.

Baginda telah menitahkan SPRM mengadap agar kes itu segera disiasat. – MalaysiaGazette