Home Dunia Anak gajah dihalang ke New Zealand

Anak gajah dihalang ke New Zealand

Anjalee. gajah betina yang diserahkan oleh Sri Lanka kepada New Zealand yang kini ditempatkan di Zoo Auckland. foto Agensi

COLOMBO – Seekor anak gajah Sri Lanka yang dihadiahkan kepada New Zealand telah dihalang daripada meninggalkan negara itu selepas aktivis haiwan menyifatkan tindakan memisahkan anak haiwan itu daripada keluarganya sebagai kejam.

Nandi berusia enam tahun telah diserahkan kepada bekas Perdana Menteri New Zealand, John Key oleh Presiden Maithripala Sirisena pada mesyuarat di Colombo pada bulan Februari 2016 sebagai menandakan “hubungan dua hala yang sangat baik” antara kedua-dua negara.

Doktor haiwan dari New Zealand telah melawat Sri Lanka pada tahun lepas untuk persediaan membawa Nandi ke Zoo Auckland.

Tetapi kumpulan aktivis hak asasi haiwan telah campur tangan dengan alasan perpindahan anak gajah itu ke negara asing mungkin akan menyukarkan ia dengan iklim baru dan terpisah dengan keluarga.

Kumpulan 18 yang memfailkan bantahan itu kepada mahkamah dan mendapat ‘kemenangan’ sementara selepas Nandi tidak dibenarkan terbang ke keluar negara sehingga keputusan akhir kes itu bulan depan.

“Gajah Sri Lanka mempunyai hubungan keluarga yang sangat kuat dan untuk mengambil anak-anak haiwan itu dianggap satu dosa,” menurut Omalpe Sobitha, seorang sami Buddha dan juga seorang aktivis.

Sobitha menambah, haiwan itu mungkin tidak mampu untuk menghadapi cuaca sejuk di Auckland, yang mana suhu minimum tahunan sekitar 15 darjah Celsius (59 Fahrenheit), juga akan memberi kejutan kepada seekor anak lembu yang biasa hidup pada suhu untuk purata 27 darjah tropika di Sri Lanka.

Dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga di sebuah kebun kelapa, Nandi adalah anak gajah kedua yang diserahkan ke New Zealand pada tahun selepas gajah betina “Anjalee” dihantar ke Zoo Auckland pada tahun 2015 .

Key memberitahu Sirisena pada mesyuarat Februari lalu yang Anjalee kini seberat 700 kilogram (1,540 paun) dan menjalani kehidupan selesa di New Zealand dan pasti Nandi juga dipelihara dengan baik.

Sri Lanka mempunyai sejarah yang panjang dengan memberi gajah sebagai hadiah – sebanyak tiga ekor gajah telah diserahkan kepada dan masing-masing dua ekor untuk Jepun, Korea Selatan, Republik Czech dan Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette