Home Dunia Gaji minimum pekerja Filipina di Singapura naik

Gaji minimum pekerja Filipina di Singapura naik

SINGAPURA – Mulai 1 Mei ini, gaji minimum pekerja domestik dari Filipina akan dinaikkan daripada S$550 kepada S$570, kata Pejabat Buruh Luar Negeri Keduataan Filipina (POLO-SG).

Dalam notis kepada lebih daripada 200 agensi pekerjaan yang diiktiraf, pegawai buruh Kedutaan Filipina, Ramon Pastrana berkata, gaji dinaikkan berikutan turun naik kadar pertukaran dolar Amerika Syarikat dengan dolar Singapura.

Semakan lalu bagi gaji minimum adalah pada tahun 2012, yang mana ia dinaikkan dari S$ 500 hingga S$550.

Singapura memiliki 240,000 pekerja domestik dan 70,000 adalah warga Filipina.

Persatuan Agensi Pekerjaan (Singapura) berkata, semakan gaji itu tidak dijangkakan, selepas beberapa mesyuarat dan perbincangan antara Pejabat Buruh dan agensi-agensi pekerjaan.

“Ia bukan sekadar kenaikan gaji. Gaji masih ditambat pada AS$400 tetapi disebabkan kenaikan dalam kadar pertukaran, kenaikan ini adalah suatu yang semula jadi,” katanya. – MalaysiaGazette