Home Nasional Ancaman punca permit debat ditarik balik PDRM

Ancaman punca permit debat ditarik balik PDRM

Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini diminta mengadakan solat hajat bagi mendoakan agar anggota mereka, Wan Mohd Arif Wan Yahya, yang dikhuatiri lemas dan hilang di Sungai Paka dekat Kampung Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lepas ditemui.

SHAH ALAM – Ada sebab kenapa permit yang sebelum ini diberi untuk penganjuran debat Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz ditarik balik.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Fuad Abdul Latiff berkata, pihaknya menerima ancaman berdasarkan hasil risikan pihaknya.

“Kami membuat keputusan ini selepas menerima 18 laporan bukan sahaja di Shah Alam tetapi di seluruh Selangor, malah dari Hulu Selangor.

“Sebab itu kami memutuskan bahawa jalan terbaik adalah dengan membatalkan debat terbabit,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh individu yang bimbangkan keselamatan diri sendiri dan keluarga mereka.

Ancaman yang mungkin berlaku sebelum dan semasa debat diadakan tetapi mungkin selepas debat selesai, kata Mohd. Fuad.

Pada Jumaat, polis sudah memberikan kelulusan untuk debat yang dijadualkan pada 7 April itu diadakan di ibu pejabat Karangkraf di Shah Alam.

Sebelum ini, debat itu sepatutnya berlangsung di Kuala Kangsar pada 25 Mac, tetapi dibatalkan selepas polis Perak atas alasan yang sama.

Ditanya mengenai Mahathir yang mempersoalkan keputusan untuk membatalkan debat itu atas alasan ketenteraman awam berikutan lokasi debat itu terletak di kawasan perindustrian.

Mohd. Fuad bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan mahu bekas Perdana Menteri keempat itu datang sendiri ke kawasan itu.

“Mungkin beliau boleh datang dan melawat kawasan itu dulu. Ada kawasan perumahan berhampirannya dan ada juga orang yang bekerja di kawasan perindustrian itu,” katanya.-MalaysiaGazette

Sementara itu PPBM dalam satu kenyataan pada Ahad memohon maaf diatas pembatalan program itu.