Home Nasional e-HBP! Apa boleh saya bantu?

e-HBP! Apa boleh saya bantu?

Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio-Ekonomi) DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff (tiga dari kanan) meluangkan masa meninjau pusat operasi e-Bertemu Pelanggan DBKL selepas melancarkan Hari e-Bertemu Pelanggan di Institut Latihan DBKL, Bandar Tun Razak. foto SAFWAN MANSOR, 03 APRIL 2017

KUALA LUMPUR – “Saya nak tanya mengenai ‘clamping’ kereta di Kuala Lumpur?’.

Itu antara pertanyaan yang dikendalikan pasukan khas e-Hari Bertemu Pelanggan (e-HBP) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) setiap 15 haribulan bermula Januari lalu atas kapasiti meningkatkan mutu perkhidmatan badan berkenaan kepada warga ibu kota.

Mengunakan pendekatan alam maya sebagai pengantara, sebarang pertanyaan mengenai bidang kerja DBKL mahupun agensi berkaitan boleh dipanjangkan masyarakat kepada DBKL yang dikendalikan 30 petugas dalam satu-satu masa.

Pelanggan yang mempunyai sebarang aduan mahupun pendangan hanya perlu melayari laman web http://ehbp.dbkl.gov.my bagi mengemukakan aduan masing-masing.

Aduan dibuka dari jam 9 pagi sehingga 12.30 tengahari pada setiap 15 haribulan.

Program ini dihadiri oleh pegawai-pegawai DBKL dan menggunakan kaedah berbual dalam talian (chatting) yang agak santai bagi mendekati pengadu.

Berikut antara contoh aduan yang dikemukakan oleh Kuncup Merah (bukan nama sebenar) selaku pengadu dan diterima Jabatan Penguatkuasa (JPK) pada 15 Mac lalu.

JPK: Hai selamat pagi.

Kuncup Merah: Hai.

JPK: Apa boleh saya bantu Encik Kuncup Merah?

Kuncup Merah: Saya nak tanya mengenai ‘clamping’ kereta di KL?

JPK: Baiklah Encik Kuncup Merah, saya akan panjangkan kepada pegawai berkenaan . Sila tunggu sebentar.

JPK: Salam tuan, saya dari Jabatan Penguatkuasaan. Apa boleh saya bantu tuan?

Kuncup Merah: Saya nak bertanya mengenai ‘clamping’ kenderaan, siapa yang menyelia proses ‘clamping’ di seluruh KL? Adakah masih pihak DBKL?

JPK: Untuk makluman tuan, tindakan kapit kenderaan dikelolakan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan hanya mengambil tindakan diatas kesalahan lalulintas di Pusat bandar. Pihak Vista Summerose hanya mengambil tindakan di sekitar kawasan letak kereta sahaja tuan.

Kuncup Merah: Saya masih keliru mengenai tindakan ini kerana jika kenderaan saya berada di dalam petak letak kenderaan dan tempoh parking telah tamat dan kenderaaan saya dikapit (clamp). Dengan siapa perlu saya berhubung? Adakah dengan pihak DBKL atau pihak Vista Summerose?

JPK: Tindakan kapit di dalam tempat letak kereta elektronik adalah dibawah Tetuan Vista Summerose. Tuan boleh hubungi call centre 03-40322802.

Kuncup Merah: Saya pernah mengalami masalah berkenaan dan ianya agak menyusahkan saya. Ini bermaksud kenderaan yang telah dikapit akan dibuka oleh pihak Vista?

JPK: Betul tuan. Ianya dibawah bidang kuasa Vista Summerose untuk membuka kapit.

Kuncup Merah: Kadar bayaran untuk buka kapit masih sama?

JPK: Betul tuan, RM50 untuk membuka dan RM50 untuk bayaran kompoun yang melibatkan kesalahan tidak membayar parkir.

Kuncup Merah: Jika terdapat sebarang aduan mengenai hal ini, saya perlu adukan kepada pihak mana? DBKL ataupun Vista?

JPK: Ke pihak Vista Summerose tuan.

Kuncup Merah: Baik terima kasih untuk info.

JPK: Ok terima kasih tuan.

(Pelanggan Kuncup Merah telah meninggalkan perbualan).

e-HBP yang dilancarkan Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff.

Ia merupakan sistem interaksi terkini secara talian bagi menggantikan langkah konvensional yang dipaktikkan secara bersemuka antara pengadu dan pegawai DBKL.

Sistem terbaharu ini dilihat menjimatkan kos, masa dan tenaga pengadu dalam mengalurkan aduan mahupun pandangan terus kepada pengawai malah mampu untuk memperluaskan jangkauan warga kota kepada DBKL.

Malah, ia turut memberi peluang kepada warga kota memberikan maklum balas mengenai mutu perkhidmatan DBKL, mengemukakan aduan dan cadangan malah dapat menerima penerangan mengenai sesuatu kes dan isu yang diberikan pegawai DBKL. -MalaysiaGazette.