Home Dunia Cadang resolusi PBB penggunaan senjata kimia di Syria

Cadang resolusi PBB penggunaan senjata kimia di Syria

GENEVA – Amerika Syarikat, Britain dan Perancis mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) satu resolusi untuk mengutuk serangan senjata kimia ke atas Syria.

Para diplomat berkata, undian dijangka dibuat pada hari Rabu.

Draf resolusi, yang dilihat oleh Reuters, meminta Ketua PBB, Antonio Guterres melaporkan secara bulanan sama ada kerajaan Syria bekerjasama dengan siasatan antarabangsa berhubung penggunaan senjata kimia di Syria. – MalaysiaGazette