KUALA LUMPUR – Lama menyepi, tiba-tiba nama pelakon Sara Ali menjadi panas gara-gara gambarnya tidak bertudung tular di laman sosial
Gambar tersebut diambil di laman sosial Instagram miliknya ketika Sara sedang bercuti di Shanghai, China.
Menerusi akaun itu, Sara berkongsi sekeping gambar menunjukkan seorang wanita persis dirinya di sebuah restoran tanpa mengenakan hijab.
Namun Sara enggan mengulas lanjut apabila ditanya tentang kontroversinya yang melanda dirinya itu.
“No komen, tiada ulasan lanjut tentang perkara ini dan orang di luar takkan faham,” jelasnya kepada pihak media.
Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2015, itu memilih untuk membuka tudung selepas mengenakan hijab sejak Januari tahun lalu.
Ketika membuat keputusan bertudung, Sara atau nama lengkapnya, Siti Sarah Hairi Ali, turut menguruskan program, Raudhah Iman, di bawah syarikat, HMEO Agency Sdn Bhd, yang dibangunkan akhir tahun lalu.
Menerusi program itu, mereka menyalurkan bantuan khidmat nasihat dan mendidik umat Islam membebaskan diri daripada belenggu hutang serta riba.
Ia bersesuaian dengan misi HMEO sendiri, yang juga singkatan daripada Help Muslim Each Other. – MalaysiaGazette