Home Ekonomi Rizab antarabangsa BNM naik AS$500j

Rizab antarabangsa BNM naik AS$500j

KUALA LUMPUR –  Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada AS$95.4 bilion setakat 31 Mac lalu.

Dalam kenyataannya, bank pusat itu berkata, rizab antarabangsa negara meningkat sebanyak AS$500 juta berbanding AS$94.9 bilion pada 15 Mac lalu.

“Paras rizab diambil kira terhadap penyesuaian caj pernilaian semula tukaran asing,” katanya.

Bagaimanapun, jika ditukar kepada ringgit, jumlah tersebut merosot sebanyak RM3.3 bilion kepada RM422.2 bilion pada 31 Mac berbanding RM425.5 bilion pada 15 Mac.

Kedudukan rizab tersebut mencukupi untuk membiayai import berterusan selama 8.3 bulan dan 1.1 kali ganda hutang luar jangka pendek.- MalaysiaGazette