ALOR SETAR – Skim Barakah bukan sekadar kotak makanan dan bukan gula-gula politik seperti dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pemberian skim itu juga diedarkan ke satu-satu kawasan selepas ada lawatan daripada parti pembangkang seperti didakwa.
“Skim Barakah adalah usaha menyuruh menyeleraskan skim bantuan pelbagai agensi untuk disalurkan pada sasaran memerlukan supaya tidak ada pertindihan.
“Tun Mahathir terkeliru apabila sekadar menyebut kotak makanan Barakah sebagai satu satunya pemberian kerajaan negeri pada penduduk sama ada di Pulau Tuba atau tempat lain,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini menjawad dakwaan terbaharu Mahathir dalam blognya baru-baru ini.
Menurut Shaiful Hazizy, Skim Barakah punyai lima komponen yang disesuaikan dengan kumpulan sasar.
“Bagi komponen Barakah Anak Muda sepanjang 2016-2017, sebanyak RM2juta disalurkan bagi skim latihan misalnya program IMAN, latihan kepimpinan, Town Hall TN50 ANAK, Kedah Job Fair selain insentif pengurusan persatuan mahasiswa.
Selain itu, SUKDA juga membolehkan 1,500 bakat sukan dicungkil di Kedah, katanya.
“Demikian juga ADAB, ratusan pemain bola sepak pelapis dilahirkan demi memenuhi tuntutan bahawa sukan sudah menjadi satu industri kerjaya,” ujarnya lagi.
Selain itu, dalam skim yang sama ada komponen pendidikan dan modal insan dimana 1,600 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah diberi bimbingan tuisyen percuma melibatkan kos RM600,000.
“Barakah Pendidikan dan Modal insan turut menyediakan penyaluran bantuan untuk semua pelajar Sekolah Agama Rakyat dengan nilai RM2.7 juta setahun di Kedah.
“Satu hak yang dinafikan Tun Mahathir tatakala beliau menjadi Perdana Menteri atas justifikasi kononya sekolah agama melahirkan kader Pas,” kata Shaiful Hazizy.
Bukan itu sahaja melalui skim Barakah ini, 18 buah pondok pengajian agama dibawah naungan Yayasan Pondok Malaysia yang beroperasi di Kedah dibantu oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanapiah dengan sokongan kerajaan Persekutuan.
Bantuan menerusk geran berjumlah RM330,00 bagi membantu aspek pengurusan selain urusan belian kitab pengajian.
“Skim ini merupakan antara kegagalan anak Tun M semasa menjadi MB Kedah untuk melaksanakannya sungguh pun ianya terkandung dalam akujanji PRU-13 khusus untuk Kedah.
“Bagi Tun Mahathir ianya mungkin gula gula politik kerana dia sendiri dan kaum keluarganya sudah kaya raya hasil apa yang dikatakan ‘kecekapan berniaga”.
“Namun bagi rakyat kebanyakan yang dikatakan gula gula itulah sedikit sebanyak meringankan kos sara hidup dan bebanan keluarga mereka,” katanya.-MalaysiaGazette