Home Ekonomi Pecahan unit CIMB-Principal Global Titans Fund

Pecahan unit CIMB-Principal Global Titans Fund

KUALA LUMPUR – CIMB-Principal Asset Management Berhad (CIMB Principal) mengumumkan pecahan 2:5 unit bagi pegang unit CIMB-Principal Global Titans Fund pada 11 April lalu.

Sehingga 20 Mac lalu, dana itu telah merekodkan pulangan sebanyak 106.50 peratus sejak ia diwujudkan dengan purata pulangan 15.61 peratus setahun.

Saiz dana itu ialah RM410.50 juta.

CIMB Principal dalam kenyataannya berkata, sejak diwujudkan pada tahun 2015, dana itu telah menujukkan prestasi yang kukuh dan konsisten serta peningakatan stabil dalam nilai.

Dengan pecahan unit pertama CIMB-Principal Global Titans Fund, para pelabur akan menerima dua unit baharu bagi setiap lima unit yang dipegang, sambil mengekalkan nilai jumlah pegangan sebelum dan selepas perpecahan.

CIMB-Principal Titans Global Fund telah memenangi anugerah prestasi Best Global Ekuiti tempoh tiga tahun dan lima tahun dalam kategori di The Edge-Thomson Reuters Lipper Malaysia Fund Awards 2017 untuk tahun ketiga berturut-turut.

Ia merupakan sebuah dana ekuiti yang melabur dalam syarikat-syarikat modal besar di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, dengan pertumbuhan prospek jangka sederhana dan panjang. – MalaysiaGazette