KUALA LUMPUR – Pesawat MH2718 Malaysia Airlines dilaporkan tergelincir ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sibu di Sarawak malam tadi.
Dalam kejadian pukul 10.17 malam itu Malaysia Airlines menyatakan kesemua 61 penumpang dan enam kapal yang menaiki pesawat Boeing 737-800 tersebut selamat.
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dari menggunakan dua pelampung keselamatan, kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan di media sosialnya malam tadi.
Syarikat berkenaan turut memaklumkan bahawa punca kejadian sedang disiasat. – MalaysiaGazette