Home Sukan Saya dilayan seperti ‘robot’ – Schneiderlin

Saya dilayan seperti ‘robot’ – Schneiderlin

Morgan Schneiderlin

ENGLAND – Morgan Schneiderlin mendakwa dia merasakan dirinya seperti ‘robot’ semasa beraksi dibawah kendalian bekas Pengurus Manchester United, Louis van Gaal.

Bekas pemain The Red Devils itu telah berhijrah ke Old Trafford dari Southampton untuk wang perpindahan £24 juta pada tahun 2015.

Tetapi pemain itu dijual kepada Everton 18 bulan selepas gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama dibawah kendalian Jose Mourinho.

Pemain tengah itu menceritakan pengalaman pahitnya semasa berada di Theatre Of Dreams.

Dakwanya, dia tidak pernah memberi kebebasan untuk saya bergerak bebas di atas padang dalam setiap perlawanan.

“Tahun pertama dibawah pengurusan Van Gaal agak sukar. Saya tidak gembira di atas padang kerana dia tidak memberi kebebasan dalam setiap aksi walaupun saya berpengalaman dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Dengan dia (Van Gaal) saya rasa seperti ‘robot’. Saya diberitahu kononnya tidak boleh mengharapkan bola di sudut tertentu atas padang.

“kamu tidak boleh buat itu dan ini…arahan tidak masuk akal sebegitu dari Van Gaal mengecewakan saya,” katanya.

Katanya, apabila sesebuah permainan itu dikritik oleh media, kamu juga dikritik dari pelbagai sudut.- MalaysiaGazette