Home Politik Pembangkang jangan ganggu siasatan polis kes Peter

Pembangkang jangan ganggu siasatan polis kes Peter

C. Sivarraajh

KUALA LUMPUR – Pemimpin dan wakil rakyat pembangkang diminta supaya tidak biadap dan mencampuri siasatan polis berhubung aktivis yang hilang, Peter Chong sejak minggu lalu.

Peringatan itu menyusul selepas Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah meminta polis mendedahkan butiran lanjut siasatan kes Peter.

“Meminta polis mendedahkan maklumat mendalam boleh mengganggu siasatan yang dijalankan mereka. Kami juga bimbang akan tentang kehilangan Peter.

“Biar polis mengendalikan kes ini kerana mereka pihak berkuasa boleh diyakini dan profesional dalam mengendalikan isu kehilangan dan penculikan orang.

“Saya harap Sivarasa dan ahli politik pembangkang yang lain faham tentang integriti siasatan dan berikan masa secukup kepada polis tanpa ganggu mereka,” tegas Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Datuk C. Sivarraajh dalam kenyataan hari ini.

Terdaulu Sivarasa dalam satu kenyataan pagi ini meminta polis mendedahkan sama ada Peter Chong berseorangan atau bersama individu lain dalam bas yang disahkan dinaikinya untuk ke Thailand sebagai membantu memahami situasi semasa.

Selain itu Sivarasa juga mendakwa profil Facebook Peter Chong masih aktif dan dikemaskini sehingga semalam selain mendesak polis menubuhkan satu pasukan bertindak khas untuk menyiasat individu hilang berdasarkan laporan ahli keluarganya.

Bagaimanapun Sivarrajh membidas tindakan Sivarasa itu sebagai sengaja mengganggu penyiasatan polis dan polis tahu apa yang perlu dilakukan.

“Polis setiap masa cuba mengesan kedudukan dan mencari petunjuk baharu dalam kes kehilangan invidu ini, jadi tak payahlah kamu (Sivarasa) menggangu siasatan polis,” tegasnya lagi.

Pagi tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak tahu motif Peter pergi ke Thailand selepas dikesan menyeberangi sempadan negara di Bukit Kayu Hitam.

Tambah Khalid tiada sebarang rekod yang menunjukkan Peter kembali ke negara ini sambil membidas dakwaan bekas ahli majlis itu telah diculik selain ditanya mungkin Peter sengaja cuba menyetuskan kekeliruan.

Khalid juga mengesahkan polis akan bersiap untuk bertindak sekiranya Peter sengaja mencetuskan keadaan itu.- MalaysiaGazette