Home Politik Saya akan dedah bekas pemimpin Pas terima dana 1MDB esok- Rafizi

Saya akan dedah bekas pemimpin Pas terima dana 1MDB esok- Rafizi

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Malaysia hari ini mengesahkan bekas anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah memohon pada 9 Julai pengecualian agar tidak hilang kelayakan bagi memegang jawatan dalam pertubuhan berdaftar di Malaysia.
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli akan menamakan tokoh bekas pimpinan Pas yang didakwanya telah menerima dana 1Malaysia Development Berhad esok.

Ahli Parlimen Pandan itu juga akan menyiarkan pendedahan itu secara langsung menerusi laman media sosial Facebook peribadinya.

“Saya akan menamakan bekas pemimpin Pas yang menerima dana 1MDB dari akaun peribadi Perdana Menteri (Najib) pada Khamis (13 April 2017)  dalam sidang media pukul 1 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru jelas beliau lagi, dia juga akan membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  pada Jumaat ini pukul 11 pagi.

“Saya akan membuat laporan itu bersama-sama dengan maklumat yang saya perolehi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Saya juga serahkan segala-galanya kepada Allah SWT dan rakyat Malaysia untuk menghakimi tindakan saya.

“Niat saya adalah jelas iaitu rakyat berhak mendapat  maklumat yang jujur mengenai niat dan kedudukan  setiap parti politik berhubung penyelewengan negara  seperti skandal 1MDB agar mereka dapat membuat keputusan di peti undi secara adil,” dakwanya lagi. – MalaysiaGazette