Home Nasional TPM sokong tugas baru Hishamuddin

TPM sokong tugas baru Hishamuddin

Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyokong tugas baharu Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, berkuat kuasa hari ini.

“Saya menyokong tugas baharu yang diberikan untuk membantu perdana menteri dalam misi dan tugas-tugas khas bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan tugas tertentu yang akan membawa kepada kelicinan pentadbiran kerajaan,” kata Timbalan Perdana Menteri itu menerusi satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pelantikan itu amat sesuai dan beliau yakin Hishammuddin mampu untuk melaksanakan tugas berkenaan.

Pelantikan itu diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan hari ini.

Najib berkata, Hishammuddin masih kekal sebagai Menteri Pertahanan. – MalaysiaGazette