Home Sukan Gol berganda Ronaldo jinakkan Bayern Munich

Gol berganda Ronaldo jinakkan Bayern Munich

MUNICH – Cristiano Ronaldo menamatkan badi jaringan selama tujuh bulan dalam Liga Juara-Juara Eropah awal pagi ini ketika menentang Bayern Munich.

Real Madrid bangkit daripada ketinggalan 0-1 sebelum menjinakkan pasukan tuan rumah 2-1 yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

The Bavarian yang menerima kunjungan Los Blancos pada aksi pertama suku akhir membuka jaringan menerusi Arturo Vidal pada minit ke-25.

Bagaimanapun Ronaldo menyamakan kedudukan 1-1 pada babak kedua.

Nasib tidak menyebelahi tuan rumah apabila Javi Martinez dilayangkan kad merah setelah menerima dua kad kuning.

Arturo Vidal mendapat peluang terbaik untuk menambah jaringan untuk skuad kendalian Carlo Ancelotti, tetapi sepakan penaltinya melambung tinggi melepasi atas palang gol.

Real mengambil kesempatan daripada nasib malang Bayern yang beraksi dengan 10 pemain menerusi jaringan kedua Ronaldo pada minit ke-77.

Jaringan tersebut merupakan gol ke100 pemain itu dalam 143 penampilan dalam pentas Eropah.

Ronaldo tidak menjaringkan sejak seri Real dengan Borussia Dortmund pada September tahun lalu.

Pada perlawanan awal oagi tadi, beberapa percubaan Gareth Bale dan Karim Benzema dinafikan penjaga gol, Manuel Neuer.

Tanpa kelibat penyerang utamanya Robert Lewandowski, Bayern terpaksa bergantung kepada Vidal dan segala usaha tidak membawa hasil yang diharapkan.