Home Dunia Mumia berusia 1,100 tahun pakai kasut ‘Adidas’

Mumia berusia 1,100 tahun pakai kasut ‘Adidas’

Gambar terbaharu mumia berusia kira-kira 1,100 tahun yang didedahkan oleh Siberian Times menunjukkan ia memakai kasut boot. Mereka yang pertama kali melihatkannya menyatakan kasut itu seperti kasut rekaan Adidas.

Kini kelibatnya lebih jelas dan ia menarik minat ahli arkeologi dan etnografi Mongolia.

Seorang pakar fesyen tempatan berkata: “Secara keseluruhan ia kelihatan ganjil tetapi bergaya, saya tidak kisah memakainya dalam keadaan cuaca yang lebih sejuk sekaraang,”.

“Dengan jahitan berkualiti tinggi, jalur merah dan hitam, dan panjang (kasut), tanpa membuang masa saya akan belinya sekarang,”.

Pengarah Pusat Warisan Kebudayaan Mongolia, Galbadrakh Enkhbat berkata: “Tinggi kain felt kasut boot hingga ke lutut, tapak kakinya diperbuat daripada kulit dan kasut ini mempunyai jahitan jalur bewarna merah terang.

“Apabila penemuan jalur ini didedahkan kepada orang ramai, mereka menggelarnya seperti kasut Adidas yang mempunyai tiga jalur.

“Dalam hal ini, terdapat objek menarik untuk dikaji para ahli etnografi, khususnya apabila gayanya yang sangat moden.

Para saintis mendapati mumia itu mengalami kecederaan kepala yang teruk namun tidak diketahui jika ia merupakan punca sebenar kematian wanita pada abad ke-10 itu di pergunungan Altai.

mumia 1

Adalah tidak jelas sama ada wanita itu diserang atau terjatuh, walaupun penyelidikan lanjut mungkin mendapat menjawabnya.

Pemeriksaan awal mendapati ‘kemungkinan terdapat hentakan pada tulang muka mumia itu yang menyebabkan kematiannya’, kata beliau.

Wanita itu dipercayai berumur dalam lingkungan antara 30 hingga 40 tahun.

“Berdasarkan daripada apa yang ditemui di kubur, kami menjangka wanita itu adalah golongan orang biasa,” kata Galbadrakh Enkhbat.

Kesimpulan itu dicapai walaupun terdapat pemilikan barangan bermutu tinggi yang ditanam bersama wanita tersebut, mencadangkan stutus beliau yang lebih tinggi.

“Pelbagai peralatan menjahit ditemui dengan wanita itu. Ini juga tekaan kami sahaja tetapi kami berpendapat wanita itu mungkin seorang tukang jahit,” katanya.

Comments are closed.