Home Nasional Duta Belia TN50 dilantik dekati aspirasi anak muda

Duta Belia TN50 dilantik dekati aspirasi anak muda

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (tengah) bergambar kenangan bersama duta-duta TN50 sambil menunjukkan simbol tangan TN50 pada Majlis Memperkenalkan Duta-duta Belia Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Ruang Legar, Kementeri Belia dan Sukan, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 14 APRIL 2017

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan pelantikan 14 Duta Belia TN50 yang akan mendampingi dan mendekati lebih ramai anak muda untuk mendengar aspirasi mereka.

Semua duta dilantik terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang dan sudah mengecapi kejayaan dalam bidang masing-masing.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, semua duta yang dilantik akan bekerjasama dengan pihak KBS dalam mendekati golongan media bagi menjayakan Transformasi Nasional 50 (TN50) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Mereka akan bersama-sama dengan saya dan pasukan TN50, bukan sahaja dalam mendampingi dan mendekati lebih ramai anak muda bagi mendengar idea dan aspirasi mereka tetapi juga untuk sama-sama memacu dan merancakkan lagi pelbagai program dan iniasitif yang dirancang dibawah TN50,” kata Khairy dalam majlis memperkenalkan duta tersebut di Menara KBS, Putrajaya.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada Majlis Memperkenalkan Duta-duta Belia Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Ruang Legar, Kementeri Belia dan Sukan, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 14 APRIL 2017
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada Majlis Memperkenalkan Duta-duta Belia Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Ruang Legar, Kementeri Belia dan Sukan, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 14 APRIL 2017

Selain itu, semua duta yang dilantik juga tidak mengharapjan sebarang ganjaran atau balasan apabila menerima lantikan tersebut, kata Khairy.

“Mereka bersetuju untuk melakukannya dengan percuma, tanpa mengharap sebarang ganjaran atau balasan, sebaliknya hanya berbekalkan semangat dan kecintaan yang membara kepada negara,” katanya lagi.

Semua 14 duta yang dilantik sudah mencapai kejayaan yang luar biasa dan membuktikan mereka berfikir diluar kotak.

Pelantikan mereka dibuat berdasarkan beberapa kriteria, mereka yang dipilih telah mengharumkan nama negara dan terus bersemangat untuk menabur bakti, merupakan pakar juga tokoh di bidang masing-masing dan berpengaruh positif serta mempunyai jalinan yang baik dengan belia.

Antara duta belia tersebut, individu istimewa, Zhariff Afandi yang cacat tidak memiliki tangan tetapi ia tidak menjadi penghalang kepadanya untuk berjaya dalam karier dan pendidikan.

Salah seorang Duta TN50, Zhariff Afandi hadir pada Majlis Memperkenalkan Duta-duta Belia Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Ruang Legar, Kementeri Belia dan Sukan, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 14 APRIL 2017
Salah seorang Duta TN50, Zhariff Afandi hadir pada Majlis Memperkenalkan Duta-duta Belia Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Ruang Legar, Kementeri Belia dan Sukan, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 14 APRIL 2017

Pengasas TZI dan Ketua Pegawai Inspirasi Gemilang 4e serta LOKA Malaysia itu berpendidikan psikologi pembangunan dari Griffith University, Australia dan mempunyai ijazah sarjana muda sosiologi dari KDU College.

“Saya terharu dan berbesar hati untuk dipilih untuk membantu dan membentuk masa depan anak muda di negara ini.

“Diharapkan dengan pelantikan ini ia dapat beri impak yang positif kepada generasi masa depan negara,” kata Zhariff semasa ditemui.

Tokoh skuasy negara, Sharon Wee Ee Lin juga turut dilantik sebagai duta memandangkan pengalaman luasnya dalam bidang sukan disamping aktif dalam memberikan seminar motivasi untuk mengasah bakat-bakat muda dalam negara.

Barisan duta-duta TN50 menunjukkan simbol tangan TN50 pada Majlis Memperkenalkan Duta-duta Belia Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Ruang Legar, Kementeri Belia dan Sukan, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 14 APRIL 2017
Barisan duta-duta TN50 menunjukkan simbol tangan TN50 pada Majlis Memperkenalkan Duta-duta Belia Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Ruang Legar, Kementeri Belia dan Sukan, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 14 APRIL 2017

Turut dilantik, Mua’mar Ghadafi Jamal yang merupakan Presiden Majlis Belia Malaysia dan Shahril Hamdan yang menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Samudra Oil Services.

“Dengan lantikan ini, adalah menjadi harapan saya agar pencapaian dan kejayaan yang telah mereka cipta akan menjadi contoh dan teladan kepada generasi muda diluar sana dan juga akan membakar semangat kita semua untuk turut sama menyumbang dalam apa jua bentuk dan cara. Semuanya demi masa depan negara, demi Malaysia tercinta,” kata Khairy. – MalaysiaGazette