Home Dunia Ujian peluru berpandu Korea Utara gagal

Ujian peluru berpandu Korea Utara gagal

SEOUL – Peluru berpandu yang dilancarkan Korea Utara hanya meletup beberapa saat selepas ia dilancarkan.

Pelancaran itu dibuat beberapa jam sebelum Timbalan Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence tiba di Korea Selatan, dipercayai membincangkan program peluru berpandu dan nuklear oleh Korea Utara.

Pelancaran peluru berpandu dari pantai timur Korea Utara itu menunjukkan negara tersebut mengabaikan teguran dari sekutunya, China.

Sebelum peluru berpandu itu dilancarkan, Korea Utara telah mengadakan perarakan ketenteraan besar-besaran, dengan menampilkan perbarisan kepelbagai peluru berpandu balistik miliknya.

Diplomat terkemuka China, Yang Jiechi dan Setiausaha AS Negara Rex Tillerson bertukar-tukar pandangan mengenai “keadaan di Semenanjung Korea” melalui telefon hari ini, menurut laporan agensi berita, Xinhua News.

Korea Selatan berkata, perarakan gabungan kuasa Korea Utara “mengancam seluruh dunia” tetapi penasihat dasar luar Amerika Syarikat yang bersama Pence muncul untuk meredakan ketegangan itu, berkata pelancaran peluru berpandu jarak sederhana tidak mengejutkan. – MalaysiaGazette