Home Ekonomi Harga minyak dunia turun

Harga minyak dunia turun

TOKYO – Pasaran hadapan minyak mentah turun sedikit dalam dagangan lengang pada hari Isnin, selepas tiga hari bercuti sempena Hari Easter.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent susut kepada AS$55.71 pada 0047 GMT. Pada hari Khamis, kebanyakan pasaran utara ditutup dengan dagangan berakhir AS$55.89 setong.

Harga hadapan West Texas Intermediate (WTI) juga jatuh kepada AS$53. Ia meningkat kepada AS$53.18 setong pada hari Khamis.

Kedua-dua penanda harga ditutup pada Hari Easter lebih tinggi tiga minggu berturut-tuurt dengan Brent menokok 1.2 peratus selama empat hari dan WTI naik 1.8 peratus. – MalaysiaGazette