PRAGUE – Dua beranak maut selepas terperangkap dalam bilik sauna yang terkunci.
Jurucakap polis, Iva Kormosova berkata, ibu dan anak, masing-masing berusia 65 dan 45 tahun telah ke rumah sahabat mereka untuk sauna.
“Pemilik sauna itu beranggapan mereka mengambil masa terlalu lama untuk keluar. Jadi dia pergi ke bilik itu dan mendapati kedua-duanya terbaring di atas lantai,” katanya.
Kedua-dua mangsa telah berada dalam bilik itu kira-kira 90 minit.
Dua mangsa itu disahkan mati di tempat kejadian.
Menurut Kormosova, penyelak pintu itu telah patah dan mangsa tidak dapat keluar.
“Mereka didapati telah cuba untuk membuka pintu tetapi gagal,” ujarnya. – MalaysiaGazette