Home Nasional Mahkamah lanjut tempoh reman Adam Rosly sehingga Ahad

Mahkamah lanjut tempoh reman Adam Rosly sehingga Ahad

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tahanan reman ke atad Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah sehingga Ahad ini.
 
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd. Rahman mengeluarkan perintah sambungan remah selama empat hari lagi bermula esok.
 
Adam Rosly yang berpakaian lokap SPRM dibawa ke Mahkamah Majistret itu pada jam 9.10 pagi untuk mendapatkan lanjutan tahanan reman bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wan Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.
 
Sebelum itu, beliau yang berusia 28 tahun direman selama lima hari berakhir hari ini, atas tuduhan memiliki kekayaan luar biasa termasuk memiliki banglo dan beberapa kereta mewah. – MalaysiaGazette