Home Dunia Armada AS tidak berlayar ke Semenanjung Korea

Armada AS tidak berlayar ke Semenanjung Korea

Kapal pengangkut pesawat Nimitz

SEOUL – Pesawat dan kapal-kapal perang Amerika Syarikat diarahkan berlayar ke arah bertentangan dan bukan ke Korea Utara.

Kumpulan penyerang Carl Vinson kini berada di Selat Sunda menuju ke Lautan India.

Pada 8 April lalu, armada Amerika Syarikat itu diarahkan ke Semenanjung Korea ekoran situasi tegang dengan pelancaran nuklear oleh Pyongyang.

Carl Vinson telah dibatalkan lawatannya ke Perth tetapi telah menamatkan latihan dijadualkan sebelum ini dengan Australia di luar pantai barat laut selepas berlepas Singapura pada 8 April.

Pasukan armada itu kini meneruskan perjalanan ke Pasifik Barat sebagaimana yang diperintahkan.

Malah, Presiden Donald Trump mengesahkan Carl Vinson dalam perjalanan ke Semenjung Korea.

Ia tidak jelas sama ada mengapa pelayaran Carl Vinson dipesongkan – adakah ia satu penipuan, mungkin direka untuk menakutkan Kim Jong-un, perubahan pelan atau salah faham, kata wakil BBC Korea Stephen Evans. – MalaysiaGazette