BEIJING – China sangat bimbang dengan pembangunan nuklear Korea Utara, kata jurucakap Kementerian Luarnya.
Lu Kang berkata, China menentang sebarang kenyataan dan tindakan yang akan meningkatkan ketegangan.
Beliau berkata demikian selepas Naib Menteri Luar Pyongyang memberitahu, negara itu akan terus melakukan ujian peluru berpandu dan akan melancarkan serangan nuklear jika negara itu tahu Amerika Syarikat merancang untuk menyerangnya.
Hubungan Amerika Syarikat dan Pyongyang panas sejak kebelakangan ini.
Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence, yang telah melawat rantau ini, memberi amaran kepada Korea Utara tidak untuk menguji Washington dan mengingatkan “era kesabaran strategik” merika Syarikat dengan Pyongyang telah berakhir.
BBC Stephen McDonell di Beijing berkata, kerajaan China nampaknya menjadi semakin kecewa dengan Korea Utara, sekutu tradisional.
“Saya telah mengambil perhatian laporan baru-baru ini,” kata Lu, merujuk kepada kenyataan Pyongyang.
China yang menjadi sekutu Korea Utara telah meluahkan kebimbangan serius dengan trend terkini pembangunan nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.
Negara China teguh dengan komitmen untuk mengharamkan penggunaan nuklear di Semenanjung Korea bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan melalui dialog dan rundingan.
Lu menambah ketegangan sudah meningkat di rantau ini sebelum pun kenyataan terkini daripada Pyongyang.
“Jika Amerika Syarikat merancang untuk melakukan serangan tentera ke atas Korea Utara, kami akan bertindak dengan serangan nuklear melalui gaya dan pendekatan kami,” ujar Naib Menteri Luar Korea Utara, Han Song-ryol. – MalaysiaGazette