Home Utama ‘Azmi profesor madya bullshit’ – Ibrahim Ali

‘Azmi profesor madya bullshit’ – Ibrahim Ali

Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Perkasa, Datuk Dr. Ibrahim Ali hari ini menyelar kenyataan ahli akademik, Prof. Madya Azmi Sharom yang menggelar beberapa NGO di negara ini termasuk Perkasa sebagai bodoh.

Menurut Ibrahim, bagi seseorang ahli akademik bertaraf profesor madya seperti Azmi, beliau sepatutnya mengkritik mana-mana oraganisasi atau individu dengan menggunakan pendekatan ilmiah.

“Katanya, Perkasa, Ibrahim Ali dan ISMA ini dungu kerana suka memecah-belahkan masyarakat dan bersifat rasis.

“Kalau dia bertaraf profesor madya, bercakap macam ni, ini profesor madya taik minyak kerana sebagai ahli akademik, dia perlu menghormati orang lain,” katanya.

Dalam sidang media hari ini, Ibrahim Ali turut menasihatkan Azmi supaya lebih peka dengan isu sensitiviti yang boleh mempengaruhi pergerakan sesebuah NGO dalam masyarakat di negara ini.

Menurutnya, sebagai seorang ahli akademik, beliau perlu berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan supaya tidak bertentangan dengan taraf profesor madya yang dipegangnya.

“Jangan senang-senang kata orang lain pecah-belah masyarakat, ini perkara serius. Dia ingat dia hebat sangat, bullshit punya profesor madya.

“Saya tidak boleh berkompromi dengan ahli akademik yang bercakap sebegini. Saya tidak mengata apa pada dia.

“Dia hanya menyerang Perkasa hanya mahu popular. Mahu menjadi perhatian umum kerana Perkasa NGO yang selalu mendapat perhatian umum. “

Terdahulu, Azmi dalam satu program sambutan Perlembagaan Persekutuan ke 60, di Universiti Malaya menggambarkan Ibrahim Ali, Perkasa dan Isma sebagai dungu dan suka memecah-belahkan masyarakat selain bersifat rasis.

Beliau yang juga pernah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut, melontarkan pandangannya dalam majlis tersebut khusus terhadap dua NGO yang berteraskan Islam dan Melayu di negara ini. – MalaysiaGazette