Home Dunia Genap 100 hari sebagai presiden, Trump bakal tandatangani arahan eksekutif baharu

Genap 100 hari sebagai presiden, Trump bakal tandatangani arahan eksekutif baharu

Donald Trump

WANGSHINTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump minggu ini akan menandatangani satu lagi arahan eksekutif baharu sebelum ia meraikan 100 hari pertama di pejabat.

Reuters melaporkan dua arahan eksekutif itu merangkumi perkara berhubung tenaga dan alam sekitar yang bakal memudahkan Amerika Syarikat untuk membangunkan tenaga di pesisir dan luar pesisir.

“Ini akan membuka peluang pekerjaan, inovasi dalam pengeluaran tenaga, mengurangkan bebanan tidak perlu kepada pengeluar tenaga,” demikian menurut seorang pegawai White House.

Rabu ini, Trump dijangka menandatangani arahan eksekutif berhubung Akta Kepurbaan 1906 yang membolehkan presiden itu menentukan kawasan tanah dan air persekutian sebagai monumen kebangsaan bagi melindungi mereka daripada digali, dilombong dan dibangunkan, kata seorang sumber.

Pada Jumaat pula, Trump dijangka menandatangani arahan untuk menilai semula kawasan yang ada bagi penerokaan gas dan minyak luar pesisir di samping mengrahkan penggalian luar pesisir.

Langkah-langkah baharu ini akan membuka kepada lebih banyak arahan eksekutif terhadap tenaga dan alam sekitar oleh Trump yang mahu mengurangkan peraturan berkaitan perubahan iklim yang pernah dilakukan oleh bekas presiden terdahulu, Barack Obama.

Menurut Reuters, pentadbiran terdahulu meletakkan terlalu banyak kawasan persekutuan di bawah perlindungan.-MalaysiaGazette