Home Nasional Mahkamah Rayuan terima permohonan Anwar hadir prosiding SPR

Mahkamah Rayuan terima permohonan Anwar hadir prosiding SPR

Datuk Seri Gopal Sri Ram

PUTRAJAYA – Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir dalam kes sivil yang difailkan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diterima oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Umi Kalthum Abdul Majid sebulat suara membenarkan permohonan bekas Ketua Pembangkang itu untuk hadir.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak membuat sebarang perintah tentang kos.

Terdahulu, Anwar dibenarkan menghadiri prosiding berhubung rayuannya yang mencBabar keputusan beliau tidak dibenarkan mengundi Bagdi Parlimen Permatang Pauh.

Bagaimanapun timbalan pendaftar kemudiannya membatalkan perintah hadir berkenaan.

Anwar ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata, beliau mempunyai hak untuk berada di dalam mahkamah kerana perlu memberi arahan kepada peguamnya.

Katanya, beliau perlu hadir di mahkamah bagi memberi respon.

Sementara itu, peguam Anwar, N.Surendran yang ditemui pemberita di luar kamar memberitahu, beliau berbesar hati dengan keputusan mahkamah itu yang membenarkan Anwar hadir ke prosiding itu.

“Keputusan itu membolehkan Anwar sendiri hadir dan mendapatkan haknya untuk mengemukakan rayuan (hak mengundi) di mahkamah,” katanya.

Pada 6 Mei 2015 lepas, Anwar yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh memfailkan saman pemula untuk memohon pengisytiharan terhadap haknya untuk mengundi.

Anwar turut menuntut supaya defendan mengambil tindakan sewajarnya untuk menguatkuasakan hak beliau sebagai pengundi.- MalaysiaGazette