KENT – Pasangan suami isteri, Frank Dodd, 96, dan Joyce, 97, di sini jatuh cinta semasa usia 14 tahun dan mati selepas dapat berpegangan tangan di katil hospital baru-baru ini.
Kedua-duanya mati pada 8 April lalu – sehari selepas ulang tahun perkahwinan mereka ke-77 tahun.
Menurut salah seorang anaknya, Angela Bonell, 75, pada mulanya katil ibu dan bapanya diletakkan di wad dan tingkat berasingan.
“Mereka (staf hospital) membawa ayah naik tingkat atas dan berbaring di katil bersebelahan ibu supaya mereka dapat memegang tangan masing-masing,” ujarnya kepada Daily Mail baru-baru ini.
Ayahnya mengidap penyakit jantung dan sebelum itu ibunya setiap hari melawat bapanya di hospital sebelum dirinya sendiri sakit tua dan dirawat di hospital yang sama.- MalaysiaGazette
Comments are closed.