Home Kembara Pemandangan menyihir mata dan komodo di Kepulauan Flores

Pemandangan menyihir mata dan komodo di Kepulauan Flores

Biawak komodo berusia 35 tahun ini menjadi perhatian pelancong di Pulau Komodo.

Oleh Sharillah Shamsuddin dan Linda Hashim

Negara Indonesia sering menjadi lokasi kita untuk melancong baik Jakarta, Bali dan Medan.

Namun ada lagi kawasan pelancongan begitu eksotik di republik berkenaan iaitu Kepulauan Flores.

18010342_10212599340249304_2306672658677951683_n

Bagaimanapun ia bukan lokasi untuk membeli-belah sangat tetapi lebih kepada pengalaman melihat keindahan ciptaan tuhan.

Pulau Flores sebenarnya masih baru untuk diteroka dan belum ramai yang berkunjung ke sana menjadikan alam semulajadinya masih terjaga rapi.

IMG_20170415_170347_resized_20170425_063448162

Pemandangan bukit-bukau yang cantik bagaikan ‘menyihir’ mata memandang terutama ketika matahari naik dan terbenam.

Struktur muka bumi berbukit-bukit menjadikan suasana alami itu benar-benar menjadikan kita takjub.

IMG_20170417_061945_resized_20170424_085039904 (1)

Kadangkala pemandangan secantik itu membuatkan keletihan memanjat bukit hilang ditelan panoramanya.

Bagi kaki hiking, ia memang berbaloi.

Air lautnya pula bak kristal dan batu karangnya cantik-cantik menjadi ‘syurga’ kepada peminat aktiviti snokerling.

IMG_20170417_122022_resized_20170425_063448456

Cuma perlu berhati-hati kerana kadang kala arusnya kuat.

Satu lagi, kita berpeluang merasa pengalaman bermalam di atas kapal dan hidup sebagai nelayan di Flores selain menikmati makanan laut segar yang lazat.

17952497_10212579831001585_509170821767707988_n

Bagi pencinta haiwan, mereka boleh ‘berkenalan’ dengan biawak komodo yang menjadi ikonik serta lagenda kepada penduduk Flores.

Biawak komodo yang dirakamkan kami dalam gambar itu sudah berusia 35 tahun dan reptilia macam gergasi Godzilla itu memang menyeramkan jika dilihat di depan mata.

Bukan senang-senang hendak dekat dengan biawak komodo kena ada dua renjer mengawasi kami bimbang berlaku perkara tidak diingini.

Kami dilarang menghampiri biawak itu berseorangan.

Sebelum itu, untuk sampai ke Pulau Komodo, kami perlu mengambil pakej house boat dari jeti Labuan Bajo dan belayar selama empat hari dan singgah ke National Komodo Park pada hari kedua.

Uniknya percutian itu kerana Kepulauan Flores ada kira-kira 15 buah pulau-pulau kecil dan sepanjang pelayaran kalau bernasib baik akan terserempak dengan sekumpulan ikan lumba-lumba, ikan pari putih, ikan-ikan kecil melompat dan pelbagai spesies burung.

Jika sesiapa berminat boleh berurusan dengan ejen pelancongan Marco dari Indonesia di alamat ig @margojoyotravel.
Ini itinerari ringkas trip kami baru-baru ini.

14 April 2017 – Terbang dan bermalam di Bali dan sempat melihat matahari naik di Nusa Dua.

15 April 2017 – Terbang dari Bali ke Labuan Bojo dengan penerbangan Sriwijaya dan bermalam di Labuan Bojo.

16 April 2017 – Belayar ke Pulau Kenawa dan Pulau Siaba untuk snorkeling dn kemudian hiking di Gili untuk lihat matahari terbenam.

17 April 2017 – Belayar dari Gili ke Pulau Usung (snorkeling), Pantai Pink, Pulau Komodo dan bermalam di Pulau Padar.

18 April 2017 -Hiking awal pagi di Pulau Padar untuk lihat matahari naik sebelum sambung hiking di Pulau Kelor. Balik ke Labuan Bajo dan terbang ke Bali semula sebelum ke balik Malaysia.- MalaysiaGazette

Posted by Linda Hasim on Ahad, 16 April 2017

*Sharillah dan Linda adalah pegawai pemasaran Allianz Malaysia.